Saturday, September 5, 2009

YOUR LIFE..YOUR CHOICE ....H1N1/SELSEMA BABI



Assalamualaikum semua...dah lama aku menyepi...
Banyak yang terjadi dibulan Syaaban yakni sebelum Bulan Ramadan menjelma...walau agak terlambat aku tetap nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK PADA TAHUN INI SEMOGA RAMADAN INI LEBIH BAIK DARI RAMADAN YANG LEPAS DAN KITA BERDOA PADA ALLAH SWT SEMOGA KITA DAPAT BERTEMU DENGAN RAMADAN YANG AKAN DATANG ...INSYA ALLAH... AMEEN..

Aku memohon maaf kepada teman-teman kerana tak dapat berjumpa walau aku sempat bekam teman-teman di Kuantan di Kuala Lumpur dan di Alor Setar, dan teman-teman di Johor dan Melaka tak sempat aku membekam you all kerana tak cukup masa Insya Allah panjang umur kita berjumpa lain hari ...Insya Allah...

Sebelum Ramadan aku dikejutkan dengan sms dari adik2 aku di KUala Lumpur mengatakan adik aku yang ke 4 Nazak kerana H1N1 ni..beliau dikejarkn ke hospital Putrajaya (before Ramadan tahun ni) Alhamdullilah umur beliau panjang..sedangkan orng yang disebelahnya ramai dah meninggal..so aku tak sanggup nak ambik gambar beliau apatah lagi nak cerita dalam blog ni..namun Alhamdulillah umur adik aku panjang...kesan dari H1n1 tu kedua belah adik aku bengkak dan terpaksa berhenti keja dan rest duk dirumah...semoga pulih sepenuhnya...

10 akhir Ramadan 'around da corner' je..semoga kita bertemu dengan malam yang kita nanti-nantikan yakni malam LAILATULQADAR...semoga kita adalah diantara orng yang bertuah dapat merasai kehadiran malam yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di muka bumi ini...Ameen..

Saturday, July 18, 2009

ANDA BERSEDIA MATI KERANA TUDUNG??? ARE U READY TO DIE FOR YOUR HEADSCARF???




MESIR BERKABUNG "SYUHADA" TUDUNG

Dr. Marwa Sherbini is being hailed as the shahida/, or martyr, of the Hijab
Jenazah seorang muslimah, dibunuh didalam Kamar Mahkamah Jerman oleh seorang lelaki yang didapati bersalah menghina agama wanita tersebut telah dibawa pulang kenegara asalnya untuk dikebumikan.

Dr. Marwa Sherbini, 31, telah ditikam sebanyak 18 kali oleh Axel W, yang kini telah ditahan di Dresden atas tuduhan membunuh.

Suami wanita malang itu, Elwi Okas turut berada dalam keadaan kritikal di hospital, selepas tercedera ketika menyelamatkan isterinya. Almarhum Sherbini telah menyaman pembunuhnya sebelum itu kerana menggelar beliau “pengganas” kerana tudungnya.

Kes ini telah mendapat perhatian luas di Mesir and dunia Islam Pendakwaraya German berkata penyerang yang berumur 28 tahun, dikenali sebagai Axel W telah didorong oleh perasaan benci yang mendalam terhadap orang asing dan Muslim.

Pasukan Perubatan tidak mampu menyelamatkan Sherbini yang sedang mengandung tiga bulan anak keduanya. Anak lelaki sulungnya yang berusia tiga tahun turut berada bersama keluarga di mahkamah ketika beliau ditikam. Si Pembunuh Axel W dan Sherbini beserta keluarganya berada di mahkamah bagi mendengar rayuan berkenaan denda yang dijatuhkan sebanyak 750Euro kerana kesalahan menghina Sherbini dalam 2008, hanya kerana beliau memakai pakaian menutup aurat iaitu tudung.

Surat-suratkhabar di Mesir telah menyatakan rasa terkejut dan kemarahan diatas kejadian tersebut, disamping mempersoalkan bagaimana ianya boleh dibiarkan berlaku dan menggelar Sherbini sebagai Syuhada’ Hijab (tudung).

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan diplomatik Mesir dan Jerman menghadiri pengkebumian di Iskandariah berserta ratusan orang yang turut berkabung. Media melaporkan bahawa Elwi Okas, telah tercedera ketika diserang oleh si pembunuh dan ketika seorang anggota Polis melepaskan tembakan didalam mahkamah.


ATW’s Comment:
Of course, if the woman was a Jew, the news will be all over the American media and a “Muslim” will be the suspect! But since she’s a Muslim and the killer is a F*&^@ German Christian Nazi terrorist, the media will ignore the story!

MY COMMENT: Aku sangat terkejut tetapi pada masa yang sama aku sangat berbangga dengan berita Marwa mati sebagai Syuhada Tudung...dia berani mempertahankan tudungnya di negara kafir yang terang lagi bersuluh tak sukakan org-org Islam ...yang kita ni duduk di Malaysia negara dikira aman...masih lagi kita tak ambil berat pun tentang hal-hal menutup aurat ni...renung-renungkanlah...

I was so shocked with the news but at the same time feel proud with Marwa aka Martyr of Hijab. She dare to protect her hijab in a non muslim country while we in Malaysia, which have no problem with wearing hijab doesnt bother to cover our aurat/hijab - so think about it!!! ~ Alor Setar, Kedah


Friday, July 17, 2009

DIET RASULULLAH SAW

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU
(Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Culah?.. Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunanlemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).


3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).Sabda nabi :

"Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

ITULAH HEBATNYA ISLAM!!!


~ sumber dari catatan budak selayang

Tuesday, July 14, 2009

AKU BEKAM SUAMIKU...

Actually hubby aku adalah orng kedua yg aku bekam sejurus selesai kursus bekam dulu(dah lama tersimpan gambar ni dah...)...ialah terpaksalah beliau jadi model aku, sebab aku nak ambik gambar bekam kat pesakit yang aku bekam kebanyakannya org perempuan rasanya tidak sopan sebab melibatkan aurat..tak macam orng lelakikan...so ni aku bekam atas kepala suami..yang aku tau bila aku bekam atas kepala suami aku katanya tak sakitlah tapi mengantuk..itu yang aku perasan bila aku bekam pesakit yang lainla...resultnya: ada kata migrain kurang/sakit kepala berkurangan, ada yang kata ringan kepala dan ada yang kata tak ada perubahan..selalu yang tak de perubahan ni orang yang cerdas dan sihat.







Ni resultnya bila dah aku gunting dulu rambut suami, then aku cukur, selalunya "shaver" yg aku gunakan satu tuk satu orang sahaja tuk langkah-langkah keselamatan, dah cukur satu orang dinasihatkan buang shaver tersebut..jgn guna untuk orng lain pulak...ingat tu wahai pembekam semua...!!!

Actually aku tak dapat nak tunjuk gambar darah yang keluar dari kulit kepala suami aku even di kakinya keluar banyak darah..sebab aku sorang je, pakai glove pulak tu, so tak de sapa tolong aku snap gambar, gambar yang aku ambil ni pun agak kurang memuaskan...takpe janji semua orng boleh tengokkan...so gambar di atas ni macam procedure biasala kena pump dulu kulit tu tuk mengebaskan kulit ..dan bagi toksid berkumpul disitu..bila kita cucuk jarum dah tak rasa sakit...


Untuk pengetahuan semua, suami aku kena ghout semasa aku bekam ni, jadinya aku tak boleh buat bekam di tempat ghout tersebut, so kaki suami aku bengkak didepan kakinya(lupa nak mbik gambar) so aku bekam dulu di belakang betis..memang banyak darahnya keluar..warna darah tersebut seakan-akan cincau...berwarna hitam...

Kalau mengikut petua Sifu aku PJS Puan Noreda yang mengajar aku bekam dulu, dia nasihat sesiapa yang high toksid ataupun kena ghout ni eloklah pantang 6bulan jgn makan daun kuchai, tomato, kekacang, daging merah(kambing dan lembu), dan terung. Kalau berpantang ni Insya Allah leh sembuh, kalau boleh jgnlah makan ubat tahan sakit..selalunya aku tengok kalau orng kena ghout ni selalu tak tahan sakit dah akan tuju ke farmasi aje...ubat tahan sakit ni tuk tahan sakit sahaja tapi tak buang penyakit tu, jadi kesan jangka panjangnya ialah buah pinggang kita akan rosak sebabkan ubat kimia tadi. Jadi suami aku pun gitu jugak hehehe biasalah orng lelakikan bukan nak kutuk tau ...tapi memang camtulah jadinya kita para isteri ni kenalah alert/beri perhatian bila masak tu cuba jgn bagila suami tu masak/makan...tapi tulahkan susah nak cakap bab pantang-pantang ni....masalahnya suami aku ni pantang jumpa nak makan aje esp terung tu makanan favourite lagi...hehehe...oklah..







Ni kesan/tanda/scar selepas aku bekam kaki suami aku...lega sikit ghoutnya...Ameen. Bila surut ghoutnya nanti bolehla aku bekam kat area yg ghout selalu attack tu, tengah bengkak ni Sifu aku kata tak boleh..sakit woi!! Insya Allah nanti aku bekam Titik Rasulullah kat Hubby aku and published kat kawan2 tuk pengetahuan semua ye..Insya Allah...tq so much my beloved Hubby sudi jadi model tuk entry aku ni....

* selalunya tanda/kesan/scar ni akan hilang dalam 3-5hari sahaja...

Saturday, July 11, 2009

BACKBITING/GOSSIPING/MENGUMPAT!!!



Allah SWT says in Surah Hujurat, verse 49: Oh you who believe! Avoid much suspicion, in deeds some suspicions are sins. And spy not neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother? You would hate it [so hate backbiting]

AL HUJURAAT ayat 12: Hai orang-orang yang berima, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan jgnlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.


Friday, July 3, 2009

HIJAB/AURAT



Surah an-Nur ayah 31 says:

And say to the faithful women to lower their gazes, and to guard their private parts, and not to display their beauty except what is apparent of it, and to extend their headcoverings (khimars) to cover their bosoms (jaybs), and not to display their beauty except to their husbands, or their fathers, or their husband's fathers, or their sons, or their husband's sons, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their womenfolk, or what their right hands rule (slaves), or the followers from the men who do not feel sexual desire, or the small children to whom the nakedness of women is not apparent, and not to strike their feet (on the ground) so as to make known what they hide of their adornments. And turn in repentance to Allah together, O you the faithful, in order that you are successful.

Surah al-Ahzab ayah 59 says:

O Prophet! Say to your wives and your daughters and the women of the faithful to draw their outergarments (jilbabs) close around themselves; that is better that they will be recognized and not annoyed. And God is ever Forgiving, Gentle.



"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab: AYAT 59)

Tuesday, June 30, 2009

AL HIJAMAH/BERBEKAM - English Version Part 2


CUPPING/ AL HIJAMAH

In a number of medical systems, from Greek to Malay traditional medicine, illness believed to be caused by harmful and dirty blood must be treated by taken out the dirty blood. Under this influence, people believed that wherever part of the body, from head to toe, become ill, hijamah can be used as the right measure for treatment. Therefore, if we wish to know the history of treatment of disease in the light of al-Tibb al-Nabawi, we must study hijamah because it was widely practiced by the Prophet (PBUH/SAW) and his companions and this method of healing is still alive in many Muslim countries.

We were told that the Prophet (PBUH/SAW) and his companions always had practiced al-hijamah in several occasions from the time he was at home to the time that he was in the state of Ihram. It is very regrettable that we do not have very clear rational explanation why cupping was so popular in the time of Prophet, but one fact is nevertheless clear that hijamah is very easy to practice, just using a jar or a similar material. A jar is attached to the skin surface, so that the dirty blood, air, toxic and other harmful substance flow to the surface of the skin. Then, harmful substance may remove from the body. Secondly, it is because the dwellers of the Arabian peninsular and countries of hot climate are the most suitable people to be cupped. This is because the blood of people who dwell in that region is thinner (raqiq) and is drawn closer to the surface of the skin (tamil ila zahir al-abdan).

As we expected, many ahadith would be recorded in Kitab al-Tibb of Sahih Bukhari. They were recorded from chapter eleven to chapter fifteen of kitab al-tibb. One of these five chapters is Bab al-Hijamah min al-Da’ (cupping as a treatment for disease). In this chapter, Imam Bukhari mentioned that Jabir bin ‘Abdullah narrated that he visited al-Muqanna while he was illness. Jabir said, “I will not leave till he gets cupped, for I heard Allah’s Apostle saying, “There is healing in cupping.” Secondlt, Imam Bukhari reported that Allah’s Apostle was cupped on the middle of his head at Lahy Jamal on his way to Mecca while he was in a state of Ihram. Thirdly, Imam Bukhari reported that: “Allah’s Apostle was cupped on his head. Lastly, al-Bukhari reported that the Prophet commanded the cupping to be used and said: “There are no remedies comparable to cupping and blood letting”.

to be continued....

Saturday, June 27, 2009

DEATH



The subject of death is very important to all of us. Every one of us has to die. In this regard Allah mentioned in the Quran in Surah Al-Zumar that everyone has to die including the Prophet Mohammed (peace and blessings be upon him) himself: "Truly thou wilt die (one day), and truly they (too) will die (one day) (Quran 39:30).

Also Allah said in Surah Al-'Ankabut (The Spider) that everyone has to die: "Every soul shall have taste of death: In the end to Us shall ye brought back" (Quran 29:57).

No one knows when and where to die. No one even knows how he is to die. In this respect Allah says in the Quran in Surah Luqman: "Nor does anyone know what it is that he will earn on the morrow: Nor does anyone know in what land he is to die. Verily with God is full knowledge and He is acquainted (with all things)" (Quran 31:34).

It is understood that Allah alone is the One Who gives life, and it is He Who takes off life. In this regard, Allah says in the Quran in Surah Al-Mumin (The Believer): "It is He Who gives Life and Death; and when He decides upon an affair, He says to it, 'Be,' and it is" (Quran 40:68).

The life of a Muslim on this earth is a short one, but his deeds and actions are eternal if he knows how to channel them in the right directions. As far as the life span of a Muslim is concerned, our beloved Prophet said: "The life span of my followers is between sixty and seventy. Very few of them do exceed this age" (Tirmizi).

While the life span of a Muslim is short, and while the deeds and actions do stop normally after death, a Muslim may continue to earn rewards for certain things even after his death. These are perpetual charity, a useful knowledge, a good child that prays for him, a mosque that he built, teaching Quran to another person, a house he built for public use, a water fountain or a river that he rent and made it free for people, or a charity that he gave during his life while he was in good health. All these and similar others are the ones that may follow him even while he is in the grave. In this respect, the Prophet said: "When a child of Adam dies, his deeds are over except through three things: perpetual charity, a useful knowledge, or a good child to pray for him."

In another Hadith in Ibn Majah, the Prophet said: "Some of the deeds and the rewards that follow a believer after death are: knowledge that he taught or published, a good child that he left behind, a Quran that he inherited to someone, a mosque that he built, a house that he built for the wayfarer, a river that he rented (to be used free), or a charity that he gave from his wealth during his good health and his life; these are the ones that follow a person after his death."

Remember that death is a process of rest for both the believers and the wicked. We hope and pray that we Muslims obey Allah in our private and public life. We hope and pray that Allah will be happy with us. We pray that when death comes to us, we are ready to face it with courage. We hope that when we die, we will die as loving sincere Muslims. Ameen.

BY AHMAD SAKR






'A SHEIKH was delivering a lesson(bagi ceramah), but in the middle of it, he suddenly collapsed. From the unauthentic source, he was claimed to be dead. Try to see his forehead. AL FATEHAH...

Friday, June 19, 2009

AL HIJAMAH/BERBEKAM - English Version Part 1

Al-Jami` al-Sahih (Sahih al-Bukhari) of Imam Bukhari Al-Jami` al-Sahih, known as Sahih al-Bukhari, is a recognized collection of hadiths of the Prophet SAW. It was compiled by Muhammad b. Isma`ilal-Bukhari (194-256/ 810-870). The hadiths were arranged in 97 books (kutub, the plural of kitab) with 3,450 chapters (abwab, its singular is bab). They were classified according to subject matters on Fiqh. In addition, the other subjects such as theology, ethics and medicine are found as a separated kitab in Sahihal-Bukhari. The Sahih al-Bukhari is recognized by the overwhelming majority of the Muslim scholars to be one of the most authentic collections of the hadith or Sunnah of the Prophet SAW. Imam Bukhari spent sixteen years compiling the hadiths of the Prophet SAW, and ended up with 2,602 hadiths (9,082 with repetition). Sahih al-Bukhari has been commented by many scholars.

Al-Bukhari’s criteria for acceptance of hadiths into his collection were amongst the accepted criteria of Muslim scholars of hadith. Each report in his collection was checked for compatibility with the Qur’an, and the veracity of the chain of reporters had to be painstakingly established. It is not merely its authenticity that makes this particular collection arising interested by Muslim scholars, but also the vital role it played in developing the concept of health medicine, prevention and treatment of disease relevance to this age.

HADITHS ON HEALING OF DISEASES

Two Hadith were narrated by Ibn `Abbas and another was by Jabir b. Abd Allah.

First: “Healing is in three things: a gulp of honey, cupping, and branding with fire (cauterizing), however, I forbid my followers to use branding with fire (cauterization) (al-Shifa’ fi thalatha: sharbat `asal, wa shartah mihjam, wa kayyah nar, wa anha ummati `an alkayy).

Second: “Healing is in three things: cupping, a drink of honey and cauterization (branding with fire) but I forbid my followers to use cauterization (al-Shifa’ fi Thalatha: fi Shartati Mihjam, aw Sharbat Asal, aw Kayy bi Nar, wa Anha Ummati an al-Kayy).”

In another version, it was narrated by Jabir bin Abdullah that he heard the Prophet said: “If there is any healing in your medicines, then it is in cupping, a drink of honey or branding with fire (cauterization) that suits the ailment, but I don’t like to be (cauterized) branded with fire”

In his interpretation of the above hadiths, Ibn Hajar (773–852/1372-1449) reminded us that the treatment of disease does not predestine only three methods of healing namely a gulp of honey, cupping, and branding with fire (cauterizing). In trying to answer the question, why did the Prophet SAW mention only three methods of healing?, Ibn Hajar clarified that the Prophet SAW mentioned only three methods of healing mainly because they were usul al-ilaj, the principle of treatment of disease. In addition, it was widely known among the Arab in that time.

It is possible that this belief was the result of Muslim’s discoveries during that time that the cause of disease was mainly blood (damawi) or yellow bile (safrawi) or black bile (sawdawi) or phlegm (balghi). This implies that the Arab in that time viewed the nature of disease in terms of philosophy and looked upon it as a disturbance in the equilibrium of the body’s blood, yellow bile (safrawi), black bile (sawdawi) and phlegm (balghi). Thus, the disease, which is caused by one of them should be treated either by hijamah (taking the impure blood from the body) or honey. If we failed to treat a disease by the mentioned method, then, it must be treated by cauterization
or surgery as in our time. The latter could not be more than a last option to which physicians had to consider when a gulp of honey, cupping(al Hijamah) and pharmaceutical treatments failed.


-----------------Preferences---------------------

~ HEALTH AND MEDICINE IN THE ISLAMIC TRADITION BASED ON DR Nurdeen Deuraseh
* Senior Lecturer Faculty of Human Ecology Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang,
Selangor, MALAYSIA

~ THE BOOK OF MEDICINE (KITAB AL-TIBB) OF SAHIH AL BUKHARI JISHIM 2006


Monday, June 15, 2009

10 TITIK BEKAM RASULULLAH SAW

Ramai tanya aku kenapa tak buat bekam lintah, aku jawab sebab pertama ia bukan bekam Rasulullah SAW kedua ..aku sedikit geli ..hehehe.. dan tak semua orng boleh berbekam dengan lintah sebab ramai kena alahan selepas berbekam dengan lintah, jadi aku memilih untuk membekam manusia dengan 'cupping set' sahaja...oklah kita berbalik kepada fakta 10 titik bekam yang dibuat dibadan Rasulullah SAW..


Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan sejenisnya lebih-lebih lagi jika negara tersebut beriklim panas dan terjadi pada musim panas (summer; negara 4 musim).


Racun sangat kuat dan cepat mengalir ke seluruh tubuh badan melalui darah menyebabkan badan berpeluh, jadi racun menjalar terus ke aliran jantung, dan selalunya kita tidak dapat berbuat apa-apa. Rasulullah SAW memilih berbekam pada tengkuknya kerana tempat tersebut adalah yang paling dekat dengan jantung, walaupun racun tersebut tidak dapat keluar sepenuhnya namun ia dapat meringankan penderitaan yang yang terkena racun tadi.




"Bahawasanya Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang."

Titik bekam pada umumnya adalah untuk meringankan gangguan pada organ dan saraf & apa bila dibekam di tempat yg ada gangguan, terutama kerana gangguan terlebihnya darah atau darah kotor atau kedua-duanya.

Titik-titik bekam yang disukai Rasulullah SAW ialah selain diatas kepala, di kedua urat leher Rasulullah SAW. Ia dapat mencegah:

~ sakit kepala
~ sakit di bahagian wajah
~ sakit di gigi
~ sakit telinga
~ sakit di wajah.
~ sakit hidung
~ sakit bahagian tekak

Di bahagian tengkuk pula dapat mencegah sakit di bahagian:

~ tekanan darah pada tengkuk
~ rabun dan benjolan di mata
~ berat pada alis dan kelopak mata
~ penyakit mata yang lainnya

Bahagian bahu pula bagi dapat menghilangkan rasa sakit @ stress/tekanan pada bahagian bahu.

Di bahagian pinggang pula bagi menghilangkan sakit pinggang dan juga lenguh-lenguh.

(1)Abu Dawud ada menyebutkan dari hadith yang diriwayat oleh Jabir mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam di bagian atas pinggangnya karena sakit lenguh-lenguh yang dideritanya. Bahagian lain tubuh boleh di-bekam sesuai tempat yg mereka deratai selama bukan area/tempat yang dilarang di-bekam. Haruskah sebulan sekali kita di-bekam? Jika kita ingin terbebas dari gangguan penyakit yang diakibatkan darah kotor atau sebagai tindakan penjagaan dan kewaspadaan kita terhadap penyakit, maka sangat baik bekam dilakukan sebulan sekali. Dan agar tubuh kita lebih sehat lagi, maka lebih baik setiap pagi dan setiap hari kita meminum Madu.

(2)Yakinlah akan kebenaran Rasulullah SAW dan Rasul pastinya Baginda tidak pernah berbohong. Siapakah yang lebih benar kata – katanya daripada Rasulullah SAW? Baginda telah menunjukkan kepada kita cara perubatan yang diamalkan sendiri oleh Baginda.

Panduan dari hadith-hadith ada mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah melakukan bekam/al Hijamah di bahagian kepala baginda ketika dalam keadaan ihram kerana sakit kepala, Rasulullah SAW juga berbekam ketika termakan racun yang diletakkan oleh wanita Yahudi ke dalam daging kambing yang dihidangkan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat di Khaibar, Rasulullah SAW pernah berbekam di ’akhdain’ dan ’kahil’, serta di antara dua bahu Baginda. (katifain) Rasulullah SAW pernah berbekam pada pinggangnya kerana sakit yang ditanggung seperti kata hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud. Rasulullah juga pernah berbekam di ’malal’ yakni pada bahagian belakang kaki baginda dan baginda saw berbekam pada 17,19 dan 21 haribulan hijrah sepertimana tersebut dalam sebuah hadith :” Rasulullah Saw telah berbekam di ’akhdain’ dan ’kahil’ dan baginda berbekam pada 17,19 dan 21 haribulan Hijriah” ( Riwayat Ahmad wa Turmuzi wa ibnu Majah)

Titik Bekam Rasulullah SAW. Berbekam merupakan perubatan Sunnah dari Rasulullah SAW pada hari ini semakin terlupakan dan dilupakan oleh umat Islam sendiri dan mereka meninggalkan faktor keberkatan di dalam perawatan dan perubatan, malah berbekam sekarang lebih banyak diamalkan di Barat sedangkan pernah diceritakan di dalam sebuah hadith, ketika mana seorang sahabat datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu bahawa ia sakit kepala, maka Rasulullah saw berkata 'Berbekamlah kamu!".

Disamping faktor kesihatan pada berbekam, faktor yang paling penting dan utama ialah terdapat ciri ibadah sehinggakan para malaikat Allah sendiri yang menganjurkan kita semua supaya berbekam. Berbekam merupakan perubatan wahyu dan bukannya hasil daripada kajian,eksperimen ataupun hipotesis manusia seperti kebanyakan perubatan moden pada hari ini. Daripada Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ' Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku diisra’ oleh Allah taala dan mereka telah berkata 'WAHAI MUHAMMAD, SURUHLAH UMATMU BERBEKAM' diriwayat oleh Turmuzi Wa Baihaqi.

----Rujukan----

1. Milis Masjid Ar-Royyan, Perum BDB II, Sukahati, Cibinong 16913Website http://www.arroyyan.com/ ; Milis jamaah[at]arroyyan.com

2. http://Ummulbarokah.blogspot.com/

Friday, June 12, 2009

KHASIAT BERBEKAM

* Membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang

* Memperbaiki keanjalan pembuluh darah

* Mehilangkan sakit

* Memperseimbangkan angin, suhu dan mengeluarkan racun dari tubuh badan

* Meredakan peradangan

* Mempertingkatkan aktiviti organ dan kelenjar

* Melancarkan peredaran darah


BUKTI PEMERIKSAAN MAKMAL - darah bekam vs darah dari pembuluh darah


* Darah bekam hanya mengandungi 10% sel darah putih dari darah biasa

* Semua sel darah merah yang keluar adalah cacat dan rosak serta tidak berfungsi

* Tidak keluar bersama darah bekam zat besi




Monday, June 8, 2009

PESAKIT YANG DILARANG BERBEKAM

Walau pun Berbekam ini merupakan Sunnah Rasulullah SAW, tapi tak semua orang boleh dibekam ditakuti memudaratkan diri pula. Mereka yang tidak boleh dibekam ialah:

* Wanita yang hamil tiga bulan pertama - tapi aku prefer bekam selepas mereka
bersalin

* Anemia/kurang sel darah merah

* Mempunyai tekanan darah yang rendah

* Orang tua yang sangat uzur

* Berpenyakit kulit - berkudis dan jerawat yang kronik

* Mereka yang makan ubat pencair darah

* Cuci darah (hemodalisis)

* Selepas berjimak

* Terlalu kenyang atau terlalu lapar

* Sesudah mandi

* Pengsan

* Tepat pada tulang ekor

* Varicose vein (varises)

* Infeksi terbuka

* Di rongga terbuka seperti : hidung, mulut, dubur, telinga, mata dan tempat sulit

* Pesakit HIV dan AIDS

* Perempuan yg sedang datang haid/'period'/mensturation

* Terkena sihir - boleh tapi perlu ada cara khusus

* Hepatitis - (punya alat khusus)

TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS BERBEKAM

1. Makan berat; contoh makan nasi boleh, tapi selepas 3 jam selepas berbekam, makan ringan macam teh suam dan karipap tu oklah

2. Mandi; selepas 3 jam berbekam barulah boleh mandi, boleh berwuduk dan
bersolat kerana darah kotor takkan keluar, dan tempat yang dibekam tidak pedih, Insya Allah

3. Menghindari makanan terlalu masin, pedas dan masam

4. Berjimak - ditakuti teramat letih, nak bersama pun dinasihatkan pun selepas

tiga hari berbekam..



Wednesday, June 3, 2009

WAKTU BILA BAIK UNTUK BERBEKAM??

WAKTU-WAKTU UNTUK RAWATAN BEKAM (SILA AMBIL PERHATIAN!!!)

DIriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda, "BARANGSIAPA BERBEKAM PADA TANGGAL 17,19 & 21 BULAN HIJRIAH MAKA ITU ADALAH HARI-HARI YANG MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT!" >>> afdhal bila berbekam pada tarikh tersebut di bulan Islam ...

Tetapi bila terdapat pengubatan yang dalam keadaan terdesak dan hanya dengan cara ini yang boleh dilakukan yakni dengan
BERBEKAM maka ia tetap bermanfaat walau diawal bulan mahupun akhir bulan.

Contohnya ada orang yang mengalami pendarahan atau gumpalan di otak, yang boleh menyebabkan badan mati separuh/lumpuh, maka BERBEKAM ketika itu jauh lebih bermanfaat daripada menundanya hingga hari-hari kemudian/berikutnya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis diatas. WALLAHU ALAM...

Perlu diingat waktu yang dilarang keras untuk membuat rawatan bekam adalah pada hari RABU kerana pada hari itu adalah turunnya penyakit KUSTA/SOPAK dan pada hari itu jugalah Nabi Ayyub terkena bala. Penyakit kusta mahupun belang mula muncul selalu pada hari Rabu atau malam Rabu.

Para sahabat nabi kerap melakukan rawatan bekam sebulan sekali sehinggalah mereka tidak berbekam pada waktu bulan Ramadan.

Menurut Ibnu Sina pulak didalam kitabnya bahawa saat yang baik untuk berbekam ialah pada pukul 2-3petang (lebih afdhal selepas solat zuhur) kerana darah pada saat itu sedang mengembang dan darah-darah kotor/toksid senang dikeluarkan. Sebelumnya boleh dilakukan 1/2jam badan diwapkan/sauna, bertanggas, diurut dan selepas rehat 15minit kemudian barulah boleh dibekam.

Bagi akulah, apa-apa ilmu yang baru di pelajari wajib berguru & ada gurunya, jangan tengok org bekam nampak senang habis semua kita nak bekam...elok-elok kita nak buang penyakit tak pasal-pasal nanti mengundang penyakit yang tak diingini...hindari BERBEKAM dengan orng kafir kerana mereka tidak BERBEKAM mengikut SUNNAH RASULULLAH SAW.

Sunday, May 31, 2009

KURSUS BEKAM & SARAF TAPAK TGN DI BERTAM

Pada 24.5.2009 bebaru ni aku p Bertam, Seberang Prai Pulau Pinang bersama suami dan anak-anak..memang excited sangat yakni kursus Bekam dan melihat penyakit melalui tapak tangan...ialah belajar ilmu baru, teruja sangat...selepas solat subuh, mandikan anak-anak dan bersiap bertolak ke Bertam, sebab awal sangat jadinya aku tak teringat nak ambik gambar pemandangan yang cantik-cantik semasa on da way ke Bertam ni...dari Alor Setar ke Bertam ni adalah dalam 2jam++, sempat berhenti kat Gurun di R&R tuk sarapan...then kami meneruskan perjalanan ke Bertam...


Aleya Mashitah...selepas subuh kami bertolak..


Berhenti di R&R Gurun, Aleya Qaisarah dan Ahmad tengah makan pagi...


Suami sabar menjaga anak-anak tatkala aku mengikuti kursus ..

Sebelum kami di ajar tentang bekam teori dan praktikal, kami di ajar dahulu bagaimana hendak melihat/diagnos penyakit melalui tapak tangan, memang seronok walau ini kedua aku belajar tentang melihat penyakit melalui tapak tangan. Insya Allah bila tengok tapak tangan tu kita boleh tau sipolan ni sakit apa..supaya kita tak salah bagi herba...


1. Kena pakai glove & jarum lancet 2. Bersama herbalis Pn Noreda yang mengajar kami melihat penyakit melalui tapak tangan dan cara-cara bekam dengan betul 3. Kami diberi set bekam/al hijamah 4. Masing-masing kena try pump tangan sendiri..hehehe



Hj Meor Johaidi menunjukkan cara yang betul tuk membekam....volunteer masa tu ialah En Subri b Mohd Noor(terima kasih sudi di ambil gambar..), mula-mula sapukan minyak but-but HPA (Herba Perawatan Jawi) ditempat yang hendak dibekam, pastikan pembekam wajib memakai glove, sebab kita 'deal' dengan darah kotor...bagi mengelak terkena jangkitan..


Kemudian pump tangan bagi mengelembung ...biakan seketika..tujuannya bagi semua toksid berkumpul disitu..dan apa bila kita hendak cucuk tempat tersebut tak rasa sakit ...dah rasa kebas...


Kemudian cucuk dengan jarum lancet...korang mesti tak tau apa jarum lancetkan...kalau di hospital dibahagian makmal depa dok guna jarum ni tuk ambil sample darah ...cucuk kat ujung jari tu...ngerikan..tapi bekam tak rasa sakit Insya Allah sebab tempat tu dah kebas...



Kemudian letak cup ...kita pump sekali lagi ..darah kotor/toksid mula keluar...banyak tu...nampak tak 'cup' tu berkabus/berwap...tu tandanya ada angin keluar dari lengan kita tu



Beginilah rupa darah kotor yakni toksid yang ada kat badan kita...darahnya beku...macam agar-agar..jangan risau takkan keluar darah bersih ...


Ni gambar darah kotor dari jarak dekat, kalau pesakit yang serious..ada yang darah kotor keluar berwarna hitam seakan-akan cincau rupanya...ada yang darah kotor keluar macam hingus serta berbuih-buih ..selalunya tu dah tahap serious...

Dan kita selalu pandang remeh pada berbekam ni...kenapa sibuk-sibuk kita nak berbekam ni??? Penting sangat ke nak berbekam ni? Jawapannya ia..tersangat penting. Kenapa?

Kerana ia merupakan Sunnah RASULULLAH SAW.


MAKSUD HADIS: *SETELAH AKU WAFAT (RASULULLAH SAW) aku meninggalkan dua perkara yang apabila ummatku berpegang dengannya mereka tidak akan menjadi sesat selamanya iaitu
AL QURAN & SUNNAHKU.

*AKU TIDAK BERJALAN DI HADAPAN SEKELOMPOK MALAIKAT PUN PADA MALAM AKU DI ISROQKAN KECUALI MEREKA BERKATA, 'WAHAI MUHAMMAD, PERINTAHKANLAH UMATMU AGAR BERBEKAM.'

*SEBAIK-BAIKNYA HAMBA ADALAH JURUBEKAM, IA MEMBUANG DARAH, MELEMBUTKAN YANG KERAS DAN MENCERAHKAN PANDANGAN.....

HUJAH BERBEKAM

Hadith dari Ibnu Abbas ra menerangkan: "Bahawa ada 3 cara pengubatan yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW iaitu: MADU (AL 'ASL), BERBEKAM (AL HIJAMAH) & PEMANASAN (AL KAYY) dan Rasulullah SAW menghindari pengobatan KAYY yakni api.

Dari riwayat lain yang bersumberkan dari Mujahid dari Ibnu Abbas disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
"Berubat itu dengan BERBEKAM."
MADU menjadi dasar UBAT-UBATAN, terutama ubat berasal dari tumbuh-tumbuhan; herba yang alami/semulajadi dan tidak mengandungi kimia sintetik. BEKAM menjadi dasar kepada PEMBEDAHAN dan API menjadi dasar kepada perubatan LASER.

Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Tirmidzi menerangkan: "Bahawa ketika Nabi SAW dalam perjalanan ke ISRAK MIKRAJ, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintah supaya Ummat Muhammad SAW menggunakan BEKAM sebagai kaedah rawatan penyakit. Pesanan yang berulang-ulang menyebabkan Rasulullah SAW takut hal tersebut menjadi FARDU/WAJIB ke atasnya.

Rasulullah SAW memuji orng yang berbekam: "Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh serta menajamkan penglihatan." Allah mengharuskan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadhan untuk mencuci ROHANI dengan BERPUASA jadi wajarlah kita mensucikan JASMANI dengan BERBEKAM.
BERBEKAM sebelum puasa akan lebih baik manfaatnya.

Saturday, May 30, 2009

APA ITU BEKAM?

Bekam ialah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodernkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa-sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.


Bekam ialah istilah Melayu yang bererti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “Al-Hijamah”.

Tubuh yang sihat dan minda yang cerdas adalah faktor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggung jawab terhadap kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistem darah tidak berjalan dengan lancar.

Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental seseorang itu. Simptom/kesan yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya
, ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sihat, mudah bosan, gatal-gatal dibadan seperti terasa ada hama, migrain dan mudah marah. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berkonsultasi dengan pakar sakit jiwa.

Darah kotor yang bertoksid mesti dikeluarkan, namun ubat Allopathy/perawatan modern tidak dapat bertindak sedemikian. Oleh sebab itu kita mesti mencari rawatan lain yang dapat mengeluarkan toksid-toksid dengan cepat supaya badan kita tidak lemah dan diserang penyakit.

Salah satu rawatan yang paling berkesan ialah dengan
‘Berbekam’ dan disinergikan herba dengan produk HPA (sesuai dengan penyakit yang dirasakan).