Sunday, May 31, 2009

KURSUS BEKAM & SARAF TAPAK TGN DI BERTAM

Pada 24.5.2009 bebaru ni aku p Bertam, Seberang Prai Pulau Pinang bersama suami dan anak-anak..memang excited sangat yakni kursus Bekam dan melihat penyakit melalui tapak tangan...ialah belajar ilmu baru, teruja sangat...selepas solat subuh, mandikan anak-anak dan bersiap bertolak ke Bertam, sebab awal sangat jadinya aku tak teringat nak ambik gambar pemandangan yang cantik-cantik semasa on da way ke Bertam ni...dari Alor Setar ke Bertam ni adalah dalam 2jam++, sempat berhenti kat Gurun di R&R tuk sarapan...then kami meneruskan perjalanan ke Bertam...


Aleya Mashitah...selepas subuh kami bertolak..


Berhenti di R&R Gurun, Aleya Qaisarah dan Ahmad tengah makan pagi...


Suami sabar menjaga anak-anak tatkala aku mengikuti kursus ..

Sebelum kami di ajar tentang bekam teori dan praktikal, kami di ajar dahulu bagaimana hendak melihat/diagnos penyakit melalui tapak tangan, memang seronok walau ini kedua aku belajar tentang melihat penyakit melalui tapak tangan. Insya Allah bila tengok tapak tangan tu kita boleh tau sipolan ni sakit apa..supaya kita tak salah bagi herba...


1. Kena pakai glove & jarum lancet 2. Bersama herbalis Pn Noreda yang mengajar kami melihat penyakit melalui tapak tangan dan cara-cara bekam dengan betul 3. Kami diberi set bekam/al hijamah 4. Masing-masing kena try pump tangan sendiri..hehehe



Hj Meor Johaidi menunjukkan cara yang betul tuk membekam....volunteer masa tu ialah En Subri b Mohd Noor(terima kasih sudi di ambil gambar..), mula-mula sapukan minyak but-but HPA (Herba Perawatan Jawi) ditempat yang hendak dibekam, pastikan pembekam wajib memakai glove, sebab kita 'deal' dengan darah kotor...bagi mengelak terkena jangkitan..


Kemudian pump tangan bagi mengelembung ...biakan seketika..tujuannya bagi semua toksid berkumpul disitu..dan apa bila kita hendak cucuk tempat tersebut tak rasa sakit ...dah rasa kebas...


Kemudian cucuk dengan jarum lancet...korang mesti tak tau apa jarum lancetkan...kalau di hospital dibahagian makmal depa dok guna jarum ni tuk ambil sample darah ...cucuk kat ujung jari tu...ngerikan..tapi bekam tak rasa sakit Insya Allah sebab tempat tu dah kebas...



Kemudian letak cup ...kita pump sekali lagi ..darah kotor/toksid mula keluar...banyak tu...nampak tak 'cup' tu berkabus/berwap...tu tandanya ada angin keluar dari lengan kita tu



Beginilah rupa darah kotor yakni toksid yang ada kat badan kita...darahnya beku...macam agar-agar..jangan risau takkan keluar darah bersih ...


Ni gambar darah kotor dari jarak dekat, kalau pesakit yang serious..ada yang darah kotor keluar berwarna hitam seakan-akan cincau rupanya...ada yang darah kotor keluar macam hingus serta berbuih-buih ..selalunya tu dah tahap serious...

Dan kita selalu pandang remeh pada berbekam ni...kenapa sibuk-sibuk kita nak berbekam ni??? Penting sangat ke nak berbekam ni? Jawapannya ia..tersangat penting. Kenapa?

Kerana ia merupakan Sunnah RASULULLAH SAW.


MAKSUD HADIS: *SETELAH AKU WAFAT (RASULULLAH SAW) aku meninggalkan dua perkara yang apabila ummatku berpegang dengannya mereka tidak akan menjadi sesat selamanya iaitu
AL QURAN & SUNNAHKU.

*AKU TIDAK BERJALAN DI HADAPAN SEKELOMPOK MALAIKAT PUN PADA MALAM AKU DI ISROQKAN KECUALI MEREKA BERKATA, 'WAHAI MUHAMMAD, PERINTAHKANLAH UMATMU AGAR BERBEKAM.'

*SEBAIK-BAIKNYA HAMBA ADALAH JURUBEKAM, IA MEMBUANG DARAH, MELEMBUTKAN YANG KERAS DAN MENCERAHKAN PANDANGAN.....

HUJAH BERBEKAM

Hadith dari Ibnu Abbas ra menerangkan: "Bahawa ada 3 cara pengubatan yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW iaitu: MADU (AL 'ASL), BERBEKAM (AL HIJAMAH) & PEMANASAN (AL KAYY) dan Rasulullah SAW menghindari pengobatan KAYY yakni api.

Dari riwayat lain yang bersumberkan dari Mujahid dari Ibnu Abbas disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
"Berubat itu dengan BERBEKAM."
MADU menjadi dasar UBAT-UBATAN, terutama ubat berasal dari tumbuh-tumbuhan; herba yang alami/semulajadi dan tidak mengandungi kimia sintetik. BEKAM menjadi dasar kepada PEMBEDAHAN dan API menjadi dasar kepada perubatan LASER.

Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Tirmidzi menerangkan: "Bahawa ketika Nabi SAW dalam perjalanan ke ISRAK MIKRAJ, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintah supaya Ummat Muhammad SAW menggunakan BEKAM sebagai kaedah rawatan penyakit. Pesanan yang berulang-ulang menyebabkan Rasulullah SAW takut hal tersebut menjadi FARDU/WAJIB ke atasnya.

Rasulullah SAW memuji orng yang berbekam: "Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh serta menajamkan penglihatan." Allah mengharuskan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadhan untuk mencuci ROHANI dengan BERPUASA jadi wajarlah kita mensucikan JASMANI dengan BERBEKAM.
BERBEKAM sebelum puasa akan lebih baik manfaatnya.

Saturday, May 30, 2009

APA ITU BEKAM?

Bekam ialah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodernkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa-sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.


Bekam ialah istilah Melayu yang bererti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “Al-Hijamah”.

Tubuh yang sihat dan minda yang cerdas adalah faktor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggung jawab terhadap kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistem darah tidak berjalan dengan lancar.

Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental seseorang itu. Simptom/kesan yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya
, ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sihat, mudah bosan, gatal-gatal dibadan seperti terasa ada hama, migrain dan mudah marah. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berkonsultasi dengan pakar sakit jiwa.

Darah kotor yang bertoksid mesti dikeluarkan, namun ubat Allopathy/perawatan modern tidak dapat bertindak sedemikian. Oleh sebab itu kita mesti mencari rawatan lain yang dapat mengeluarkan toksid-toksid dengan cepat supaya badan kita tidak lemah dan diserang penyakit.

Salah satu rawatan yang paling berkesan ialah dengan
‘Berbekam’ dan disinergikan herba dengan produk HPA (sesuai dengan penyakit yang dirasakan).