Wednesday, June 3, 2009

WAKTU BILA BAIK UNTUK BERBEKAM??

WAKTU-WAKTU UNTUK RAWATAN BEKAM (SILA AMBIL PERHATIAN!!!)

DIriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda, "BARANGSIAPA BERBEKAM PADA TANGGAL 17,19 & 21 BULAN HIJRIAH MAKA ITU ADALAH HARI-HARI YANG MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT!" >>> afdhal bila berbekam pada tarikh tersebut di bulan Islam ...

Tetapi bila terdapat pengubatan yang dalam keadaan terdesak dan hanya dengan cara ini yang boleh dilakukan yakni dengan
BERBEKAM maka ia tetap bermanfaat walau diawal bulan mahupun akhir bulan.

Contohnya ada orang yang mengalami pendarahan atau gumpalan di otak, yang boleh menyebabkan badan mati separuh/lumpuh, maka BERBEKAM ketika itu jauh lebih bermanfaat daripada menundanya hingga hari-hari kemudian/berikutnya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis diatas. WALLAHU ALAM...

Perlu diingat waktu yang dilarang keras untuk membuat rawatan bekam adalah pada hari RABU kerana pada hari itu adalah turunnya penyakit KUSTA/SOPAK dan pada hari itu jugalah Nabi Ayyub terkena bala. Penyakit kusta mahupun belang mula muncul selalu pada hari Rabu atau malam Rabu.

Para sahabat nabi kerap melakukan rawatan bekam sebulan sekali sehinggalah mereka tidak berbekam pada waktu bulan Ramadan.

Menurut Ibnu Sina pulak didalam kitabnya bahawa saat yang baik untuk berbekam ialah pada pukul 2-3petang (lebih afdhal selepas solat zuhur) kerana darah pada saat itu sedang mengembang dan darah-darah kotor/toksid senang dikeluarkan. Sebelumnya boleh dilakukan 1/2jam badan diwapkan/sauna, bertanggas, diurut dan selepas rehat 15minit kemudian barulah boleh dibekam.

Bagi akulah, apa-apa ilmu yang baru di pelajari wajib berguru & ada gurunya, jangan tengok org bekam nampak senang habis semua kita nak bekam...elok-elok kita nak buang penyakit tak pasal-pasal nanti mengundang penyakit yang tak diingini...hindari BERBEKAM dengan orng kafir kerana mereka tidak BERBEKAM mengikut SUNNAH RASULULLAH SAW.

No comments:

Post a Comment