Monday, June 15, 2009

10 TITIK BEKAM RASULULLAH SAW

Ramai tanya aku kenapa tak buat bekam lintah, aku jawab sebab pertama ia bukan bekam Rasulullah SAW kedua ..aku sedikit geli ..hehehe.. dan tak semua orng boleh berbekam dengan lintah sebab ramai kena alahan selepas berbekam dengan lintah, jadi aku memilih untuk membekam manusia dengan 'cupping set' sahaja...oklah kita berbalik kepada fakta 10 titik bekam yang dibuat dibadan Rasulullah SAW..


Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan sejenisnya lebih-lebih lagi jika negara tersebut beriklim panas dan terjadi pada musim panas (summer; negara 4 musim).


Racun sangat kuat dan cepat mengalir ke seluruh tubuh badan melalui darah menyebabkan badan berpeluh, jadi racun menjalar terus ke aliran jantung, dan selalunya kita tidak dapat berbuat apa-apa. Rasulullah SAW memilih berbekam pada tengkuknya kerana tempat tersebut adalah yang paling dekat dengan jantung, walaupun racun tersebut tidak dapat keluar sepenuhnya namun ia dapat meringankan penderitaan yang yang terkena racun tadi.




"Bahawasanya Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang."

Titik bekam pada umumnya adalah untuk meringankan gangguan pada organ dan saraf & apa bila dibekam di tempat yg ada gangguan, terutama kerana gangguan terlebihnya darah atau darah kotor atau kedua-duanya.

Titik-titik bekam yang disukai Rasulullah SAW ialah selain diatas kepala, di kedua urat leher Rasulullah SAW. Ia dapat mencegah:

~ sakit kepala
~ sakit di bahagian wajah
~ sakit di gigi
~ sakit telinga
~ sakit di wajah.
~ sakit hidung
~ sakit bahagian tekak

Di bahagian tengkuk pula dapat mencegah sakit di bahagian:

~ tekanan darah pada tengkuk
~ rabun dan benjolan di mata
~ berat pada alis dan kelopak mata
~ penyakit mata yang lainnya

Bahagian bahu pula bagi dapat menghilangkan rasa sakit @ stress/tekanan pada bahagian bahu.

Di bahagian pinggang pula bagi menghilangkan sakit pinggang dan juga lenguh-lenguh.

(1)Abu Dawud ada menyebutkan dari hadith yang diriwayat oleh Jabir mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam di bagian atas pinggangnya karena sakit lenguh-lenguh yang dideritanya. Bahagian lain tubuh boleh di-bekam sesuai tempat yg mereka deratai selama bukan area/tempat yang dilarang di-bekam. Haruskah sebulan sekali kita di-bekam? Jika kita ingin terbebas dari gangguan penyakit yang diakibatkan darah kotor atau sebagai tindakan penjagaan dan kewaspadaan kita terhadap penyakit, maka sangat baik bekam dilakukan sebulan sekali. Dan agar tubuh kita lebih sehat lagi, maka lebih baik setiap pagi dan setiap hari kita meminum Madu.

(2)Yakinlah akan kebenaran Rasulullah SAW dan Rasul pastinya Baginda tidak pernah berbohong. Siapakah yang lebih benar kata – katanya daripada Rasulullah SAW? Baginda telah menunjukkan kepada kita cara perubatan yang diamalkan sendiri oleh Baginda.

Panduan dari hadith-hadith ada mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah melakukan bekam/al Hijamah di bahagian kepala baginda ketika dalam keadaan ihram kerana sakit kepala, Rasulullah SAW juga berbekam ketika termakan racun yang diletakkan oleh wanita Yahudi ke dalam daging kambing yang dihidangkan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat di Khaibar, Rasulullah SAW pernah berbekam di ’akhdain’ dan ’kahil’, serta di antara dua bahu Baginda. (katifain) Rasulullah SAW pernah berbekam pada pinggangnya kerana sakit yang ditanggung seperti kata hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud. Rasulullah juga pernah berbekam di ’malal’ yakni pada bahagian belakang kaki baginda dan baginda saw berbekam pada 17,19 dan 21 haribulan hijrah sepertimana tersebut dalam sebuah hadith :” Rasulullah Saw telah berbekam di ’akhdain’ dan ’kahil’ dan baginda berbekam pada 17,19 dan 21 haribulan Hijriah” ( Riwayat Ahmad wa Turmuzi wa ibnu Majah)

Titik Bekam Rasulullah SAW. Berbekam merupakan perubatan Sunnah dari Rasulullah SAW pada hari ini semakin terlupakan dan dilupakan oleh umat Islam sendiri dan mereka meninggalkan faktor keberkatan di dalam perawatan dan perubatan, malah berbekam sekarang lebih banyak diamalkan di Barat sedangkan pernah diceritakan di dalam sebuah hadith, ketika mana seorang sahabat datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu bahawa ia sakit kepala, maka Rasulullah saw berkata 'Berbekamlah kamu!".

Disamping faktor kesihatan pada berbekam, faktor yang paling penting dan utama ialah terdapat ciri ibadah sehinggakan para malaikat Allah sendiri yang menganjurkan kita semua supaya berbekam. Berbekam merupakan perubatan wahyu dan bukannya hasil daripada kajian,eksperimen ataupun hipotesis manusia seperti kebanyakan perubatan moden pada hari ini. Daripada Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ' Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku diisra’ oleh Allah taala dan mereka telah berkata 'WAHAI MUHAMMAD, SURUHLAH UMATMU BERBEKAM' diriwayat oleh Turmuzi Wa Baihaqi.

----Rujukan----

1. Milis Masjid Ar-Royyan, Perum BDB II, Sukahati, Cibinong 16913Website http://www.arroyyan.com/ ; Milis jamaah[at]arroyyan.com

2. http://Ummulbarokah.blogspot.com/

2 comments:

  1. SATU KEPUASAN DALAM KEHIDUPAN ADALAH DAPAT MEMBANTU ORANG
    MEMULIHKAN KESIHATAN JUGA TERMASUK KATEGORI MEMBANTU

    ReplyDelete