Monday, June 8, 2009

PESAKIT YANG DILARANG BERBEKAM

Walau pun Berbekam ini merupakan Sunnah Rasulullah SAW, tapi tak semua orang boleh dibekam ditakuti memudaratkan diri pula. Mereka yang tidak boleh dibekam ialah:

* Wanita yang hamil tiga bulan pertama - tapi aku prefer bekam selepas mereka
bersalin

* Anemia/kurang sel darah merah

* Mempunyai tekanan darah yang rendah

* Orang tua yang sangat uzur

* Berpenyakit kulit - berkudis dan jerawat yang kronik

* Mereka yang makan ubat pencair darah

* Cuci darah (hemodalisis)

* Selepas berjimak

* Terlalu kenyang atau terlalu lapar

* Sesudah mandi

* Pengsan

* Tepat pada tulang ekor

* Varicose vein (varises)

* Infeksi terbuka

* Di rongga terbuka seperti : hidung, mulut, dubur, telinga, mata dan tempat sulit

* Pesakit HIV dan AIDS

* Perempuan yg sedang datang haid/'period'/mensturation

* Terkena sihir - boleh tapi perlu ada cara khusus

* Hepatitis - (punya alat khusus)

TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS BERBEKAM

1. Makan berat; contoh makan nasi boleh, tapi selepas 3 jam selepas berbekam, makan ringan macam teh suam dan karipap tu oklah

2. Mandi; selepas 3 jam berbekam barulah boleh mandi, boleh berwuduk dan
bersolat kerana darah kotor takkan keluar, dan tempat yang dibekam tidak pedih, Insya Allah

3. Menghindari makanan terlalu masin, pedas dan masam

4. Berjimak - ditakuti teramat letih, nak bersama pun dinasihatkan pun selepas

tiga hari berbekam..



4 comments:

  1. good info nanti saya jenguk selalu yea

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tini..semoga ilmu ni dapat dikongsi bersama supaya org tak kena tipu..banyak lagi kena letak kat blog ni..esp titik Rasulullah SAW ada sepuluh tu..

    ReplyDelete
  3. Mama pernah berbekam dua kali. Sekali buat, lebih dari 10 cups... Tapi mama ngerilah...

    ReplyDelete
  4. Ma kongsilah cerita kenapa Mama fami ngeri kena bekam, kira dah dibekam 2 kali tu ma kuat dan berani tu, ke zaman ma buat tu guna toreh pisau? Saya guna jarum lancet..

    ReplyDelete