Saturday, July 18, 2009

ANDA BERSEDIA MATI KERANA TUDUNG??? ARE U READY TO DIE FOR YOUR HEADSCARF???




MESIR BERKABUNG "SYUHADA" TUDUNG

Dr. Marwa Sherbini is being hailed as the shahida/, or martyr, of the Hijab
Jenazah seorang muslimah, dibunuh didalam Kamar Mahkamah Jerman oleh seorang lelaki yang didapati bersalah menghina agama wanita tersebut telah dibawa pulang kenegara asalnya untuk dikebumikan.

Dr. Marwa Sherbini, 31, telah ditikam sebanyak 18 kali oleh Axel W, yang kini telah ditahan di Dresden atas tuduhan membunuh.

Suami wanita malang itu, Elwi Okas turut berada dalam keadaan kritikal di hospital, selepas tercedera ketika menyelamatkan isterinya. Almarhum Sherbini telah menyaman pembunuhnya sebelum itu kerana menggelar beliau “pengganas” kerana tudungnya.

Kes ini telah mendapat perhatian luas di Mesir and dunia Islam Pendakwaraya German berkata penyerang yang berumur 28 tahun, dikenali sebagai Axel W telah didorong oleh perasaan benci yang mendalam terhadap orang asing dan Muslim.

Pasukan Perubatan tidak mampu menyelamatkan Sherbini yang sedang mengandung tiga bulan anak keduanya. Anak lelaki sulungnya yang berusia tiga tahun turut berada bersama keluarga di mahkamah ketika beliau ditikam. Si Pembunuh Axel W dan Sherbini beserta keluarganya berada di mahkamah bagi mendengar rayuan berkenaan denda yang dijatuhkan sebanyak 750Euro kerana kesalahan menghina Sherbini dalam 2008, hanya kerana beliau memakai pakaian menutup aurat iaitu tudung.

Surat-suratkhabar di Mesir telah menyatakan rasa terkejut dan kemarahan diatas kejadian tersebut, disamping mempersoalkan bagaimana ianya boleh dibiarkan berlaku dan menggelar Sherbini sebagai Syuhada’ Hijab (tudung).

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan diplomatik Mesir dan Jerman menghadiri pengkebumian di Iskandariah berserta ratusan orang yang turut berkabung. Media melaporkan bahawa Elwi Okas, telah tercedera ketika diserang oleh si pembunuh dan ketika seorang anggota Polis melepaskan tembakan didalam mahkamah.


ATW’s Comment:
Of course, if the woman was a Jew, the news will be all over the American media and a “Muslim” will be the suspect! But since she’s a Muslim and the killer is a F*&^@ German Christian Nazi terrorist, the media will ignore the story!

MY COMMENT: Aku sangat terkejut tetapi pada masa yang sama aku sangat berbangga dengan berita Marwa mati sebagai Syuhada Tudung...dia berani mempertahankan tudungnya di negara kafir yang terang lagi bersuluh tak sukakan org-org Islam ...yang kita ni duduk di Malaysia negara dikira aman...masih lagi kita tak ambil berat pun tentang hal-hal menutup aurat ni...renung-renungkanlah...

I was so shocked with the news but at the same time feel proud with Marwa aka Martyr of Hijab. She dare to protect her hijab in a non muslim country while we in Malaysia, which have no problem with wearing hijab doesnt bother to cover our aurat/hijab - so think about it!!! ~ Alor Setar, Kedah


3 comments:

  1. salam rose...
    mmg menyayat hati sungguh.....
    kesian pd anaknya yg msh kecil.....
    Al-Fatihah buat Almarhum Sherbini, moga rohnya
    ditempatkan disisi org2 yg soleh...amin...

    ReplyDelete
  2. Sadis sgt Rose citer nie!

    Moga damai & tenteram roh-nya di Sana! Al-fatihah...

    suke lagu backgroud awak nie Rose! Selawat Syifa' fav 3A!

    ReplyDelete
  3. Rose... awak dh kena Tag! suka awak ler jwb kat ner coz sy tgk umah nie... cam tk sesuei jer utk jwb tag sy tur! kt FP pung bulih...

    ReplyDelete